Watak Utama : Hafizul Azizi Abd Rasid
Peristiwa:
penglipurlara : Rohokian Sekaliannya
Adapun tersebutlah kisah percintaan 2 sejoli ini adalah bermulanya dari zaman tasaday pun lagi. tetapi tidaklah dapat hamba ceritakan dengan panjang lebar dan telitinya kisah mereka ini, tapi telah pun termaktub dalam sejarah, keseriusan mereka dikatakan bermula sebaik sahaja si arjuna graduasi dari tempat pertapaannya di Gombak itu. dan mereka terus mengikat kata seia sekata, menjalankan upacara pernikahan rasmi pada 3hb Februari 2011, bersaksikan saf2 pimpinan rohok sekaliannya.
maka apakata buat pertamakalinya, hamba persembahkan entry bergambar pula. skripnya hamba belasah saja.
scene 1 :
zaman percintaan / pertunangan
adapun si teruna seperti mana manusia lain, berdepan dengan masalah kewangan. namun kerana cintanya, dia sanggup berlapar dan menderita.
inilah kek harijadinya yg ke 26. baulu pun ihsan dari teman
tapi Allah maha berkuasa. kun fayakun! maka si arjuna berubah menjadi putera idaman, ditaburi wang dan perhiasan. namun cintanya pada si dara tetap kukuh dan utuh.
eh silap.
ok. ini yang betul.
maka masa terus berlalu, dan hari diijabkabulkan tiba akhirnya.
scene 2 :
perkahwinan
aku terima akan nikahnya dengan mas kahwin yang tersebut itu.
perbualan dalam hati. faham2 jela, beso belaka dh kan
and they live happily ever after, insya Allah.
Barakallahu lakuma wa barakah.
and Siti Amirah Haji Rosli, welcome to the family!